Saturday, April 16, 2011

PK HEM Berpindah

Kepada semua warga SMK Gelang Patah, bahawa En Mustafa Kamal Bin Md Yusof  mantan PK HEM SMK Gelang Patah mula berpindah sebagai PK HEM ke SMK Taman Universiti berkuat-kuasa pada 16 April 2011.  
Sekian harap maklum.

Thursday, April 14, 2011

Wajah-Wajah Ceria Anak-Anak SMKGP

Bakal Pelukis terkenal



Gaya tersendiri

Macam-macam gaya

Gembira diberi peluang melukis diluar bilik darjah


Comelnya

Keceriaan Kelas / Bilik Darjah

Kelas 3RK1 nampak selesa dan ceria 

Papan Kenyataan dipenuhkan dengan informasi

Meja bersampul plastik

Papan kenyataan belakang dipenuhi dengan
maklumat berguna

Ada doa dan kata-kata perangsang juga
Program Keceriaan Kelas amat berguna untuk membentuk nilai-nilai murni seperti kekemasan, kebersihan, semangat kekitaan. Justeru setiap minggu kita akan dapat melihat ketua tingkatan naik ke pentas untuk menerima piala dan sijil penghargaan. Oleh yang demikian kita akan dapat membentuk suasana nbelajar yang lebih kondusif disamping membentuk sahsiah pelajar. Unit HEM menyeru kepada semua pelajar agar dapat memastikan kelas masing-masing berada dalam keadaan yang bersih dan ceria setiap hari. Unit HEM sedang berusaha untuk mengadakan hadiah yang lebih bermakna untuk para pelajar dan guru kelas yang berjaya mencapai tahap kebersihan dan keceriaan dalam pertandingan ini. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang kurang berjaya.

Suasana Perhimpunan Harian Pagi

Guru Tingkatan Sibuk mengambil kedatangan pelajar
Guru Bertugas A Encik Zairol mengendalikan perhimpunan

Semua pelajar duduk dan khusyuk mendengar pengumuman

Puan Susan dan En Hassan Brown
 penasihat Sekolah Amanah juga bersama kita.

Semua Guru bersama-sama dan bekerjasama
Tahniah saya ucapkan kepada semua warga sekolah kerana dapat menyempurnakan arahan perhimpunan pagi, semua warga sekolah mesti berada ditapak perhimpunan bermula jam 7.10 pagi. Dua minggu program inn berlangsung dan semalam mula perhimpunan ini dikendalikan semula oleh guru bertugas, tahniah kepada guru bertugas A untuk minggu ini En Mohd Zairol kerana dapat mengendalikannya dengan cemerlang. Tahniah dan terima kasih.

Tuesday, April 12, 2011

Kantin Kita Kecil

Beginilah keadaan waktu rehat pelajar
Guru berkongsi tempat makan bersama pelajar
Kantin yang didirikan pada awal tahun 50an masih digunakan hingga masa kini. Kalau dilihat dari segi kesesuaiannya adalah tidak sesuai dengan pertambahan pelajar di sekolah ini setiap waktu rehat kantin terpaksa menampung lebih kurang 600 hingga 700 orang pelajar. Justeru ada pelajar yang tidak dapat duduk dan ada juga yang tidak dapat membeli makanan kerana masa rehat mereka masih tetap sama iaitu 20 minit. Justeru pihak sekolah bercadang untuk membahagikan waktu rehat kepada 3 kali iaitu pertama tingkatan Peralihan, 1 dan 2 , kedua tingkatan 3 dan 4 serta ketiga tingkatan 5 dan 6. Jadi tiap-tiap masa itu lebih kurang 300 hingga 350 orang pelajar dan ianya adalah lebih selesa berbanding keadaan masa kini. Diharap guru dan pelajar bersabar dan menunggu perubahan ini menjadi kenyataan.

Pengaliran Semula Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun

Berdasarkan Mesyuarat Pentadbiran pada 11 April 2011, adalah dipersetujui bahawa, akan dilaksanakan pengaliran semula kelas di semua tingkatan selepas mendapat keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Ini adalah memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang untuk berada di kelas yang lebih baik. Bagi pelajar yang kurang berusaha dan malas untuk mengulangkaji mata pelajaran akan menerima kesan akibat tindakan mereka yang tidak mengindahkan keperluan belajar dengan bersungguh-sungguh. Pihak sekolah berharap dengan pengumuman ini memberi satu faktor motivasi untuk pelajar mula belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak diturunkan kelas pada bulan Jun nanti. Unit HEM mengharapkan semua pelajar mengubah tekad untuk lebih mengutamakan pelajaran dari hanya hadir ke sekolah untuk membuang masa sahaja. Selamat Belajar semuga berjaya dengan cemerlang.

Monday, April 4, 2011

PROSEDUR PERMOHONAN MEMBAWA MOTOSIKAL
KE DALAM KAWASAN SEKOLAH.
SMK GELANG PATAH
(UNTUK PELAJAR SAHAJA)

1.         MENGISI BORANG PERMOHONAN MEMBAWA MASUK MOTOSIKAL KE DALAM KAWASAN SEKOLAH DENGAN LENGKAP.

2.         DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
            i.          SALINAN KAD PENGENALAN
            ii.         SALINAN LESEN MEMANDU YANG DISAHKAN
            iii.        SALINAN ”COVER NOTE” INSURANS TERKINI
            iv.        SALINAN CUKAI JALAN TERKINI
            v.         SALINAN GERAN MOTOSIKAL (SILA DAPATKAN SURAT
KEBENARAN MENGGUNAKAN MOTOSIKAL SEKIRANYA MOTOSIKAL ITU BUKAN MILIK PEMOHON)

3.         HANTARKAN BORANG YANG LENGKAP KEPADA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK DILULUSKAN.

4.         SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN, SILA DAPATKAN STIKER SEKOLAH DI KOPERASI SMK GELANG PATAH, DAN DI TAMPAL DIHADAPAN MOTORSIKAL ANDA.

6.         PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMOHON.
            KEBENARAN MEMBAWA MOTOSIKAL KE DALAM KAWASAN SEKOLAH INI AKAN DITARIK BALIK SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH YANG DITETAPKAN KEPADA PEMANDU MOTOSIKAL. ANTARANYA IALAH:

            i.          MESTI MEMAKAI TOPI KELEDAR.

            ii.         MENUNGGANG DENGAN HAD LAJU 20 KM SEJAM DI
KAWASAN SEKOLAH.

            iii.        HADIR KE SEKOLAH AWAL SEBELUM JAM 7.10 PAGI.

            iv.        BERGERAK PULANG APABILA SEMUA PELAJAR YANG
BERJALAN KAKI DAN BERBASIKAL TELAH KELUAR DARI
KAWASAN SEKOLAH.

            v.         MELETAK MOTOSIKAL DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN.

            vi.        SENTIASA MEMATUHI UNDANG-UNDANG JALANRAYA  YANG
BERKUATKUASA SEKARANG.

TATACARA BALIK

TATACARA BALIK
Setiap kali berakhir sesi persekolahan maka guru-guru dan para pelajar perlulah mematuhi peraturan atau tatacara balik yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:

TINDAKAN GURU.
1.            Lima minit sebelum loceng balik berbunyi, loceng pertama akan dibunyikan. Guru-guru matapelajaran akhir hendaklah mengarahkan pelajar membersihkan kelas masing masing.
2.            Meja-meja hendaklah disusun dan kerusi hendaklah diletak di atas meja atau dimasukkan ke bawah meja.
3.            Semua tingkap cermin hendaklah ditutup jika boleh.
4.            Semua lampu dan kipas atau sebarang alat elektrik yang ada di dalam kelas tersebut hendaklah di tutup.
5.            Selepas dipastikan bahawa keadaan di bilik darjah telah siap seperti yang ditetapkan, arahkan semua pelajar keluar dan berbaris di luar kelas dengan dua barisan. Satu barisan perempuan dan satu barisan lelaki.
6.            Apabila loceng terakhir berbunyi arahkan pelajar bergerak apabila pelajar kelas di hadapan mereka telah bergerak. Pastikan pelajar tedak berlari atau memotong barisan ketika bergerak.
7.            Guru-guru diminta untuk mengiringi pelajar masing-masing hingga ke kantin dan melepaskan pelajar pulang.

TINDAKAN GURU BERTUGAS.
1.            Guru bertugas mingguan mesti berada di kantin untuk memastikan pelajar bergerak balik dalam keadaan yang lancar dan selamat.
2.            Guru bertugas hendaklah sentiasa berwaspada dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
3.            Hanya guru bertugas yang tidak mempunyai kelas pada waktu akhir diwajibkan berada di kantin 5 minit sebelum loceng akhir berbunyi.

TINDAKAN GURU DISIPLIN/ PENGAWAS /KAUNSELOR
1              Semua guru disiplin, dan guru pengawas mengambil tempat di blok-blok yang ditentukan oleh Ketua Guru Disiplin.
2.            Sekiranya guru disiplin dan guru pengawas mempunyai kelas pada masa tersebut, maka guru disiplin dan guru pengawas tersebut hendaklah melaksanakan tugas penguatkuasaannya di blok dimana kelas mereka berada.

TINDAKAN GURU-GURU KANAN
1.            Guru-guru kanan hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi dan membuat pemantauan mengikut blok-blok yang telah ditetapkan.




TINDAKAN PENGAWAS.
1.            Lima minit sebelum loceng berbunyi para pengawas hendaklah keluar dari kelas dengan kebenaran guru untuk bertugas ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh guru pengawas.
2.            Sila pastikan pelajar bergerak dengan teratur, tidak berlari dan tidak berebut ketika menuruni tangga.
3.            Pastikan pelajar tidak bergerak sebelum arahan untuk bergerak diberikan.
4.            Pastikan basikal dan motosikal bergerak balik selepas semua pelajar telah keluar dari kawasan sekolah.
5.            Ketua Pengawas dan semua AJK Tertinggi mesti memastikan semua pengawas melaksanakan tugas dengan sempurna.

TINDAKAN PELAJAR.
1.            Lima minit sebelum loceng terakhir berbunyi, semua pelajar hendaklah mengikut arahan guru matapelajaran mengemas bilik darjah. Semua sampah dibuang dalam tong sampah, semua meja disusun dan kerusi plastik hendaklah  di letakkan di atas meja manakala kerusi kayu hendaklah dimasukkan dibawah meja. Semua barang-barang peribadi termasuk buku teks hendaklah dibawa pulang. Sekiranya terdapat pelajar meninggalkan buku teks di bawah meja masing-masing, tindakan denda wang tunai akan dikenakan mengikut jumlah buku yang ditinggalkan.
2.            Tutup semua peralatan elektrik termasuklah lampu dan kipas. Tutup tingkap cermin dengan cermat.
3.            Apabila loceng terakhir berbunyi, keluar di hadapan kelas dengan senyap dan teratur, beratur dalam dua barisan, satu barisan lelaki dan satu barisan perempuan.
4.            Ketua Kelas hendaklah menutup pintu kelas dan mengambil buku pemantaun Pengajaran dan Pembelajaran untuk dihantar ke Unit Kaunseling.
5.            Apabila loceng terakhir berbunyi, pelajar hendaklah mengikut arahan bergerak dari guru masing-masing. Jangan bergerak sebelum diarahkan.
6.            Pelajar tidak dibenarkan bergerak menggunakan laluan yang lain selain dari yang telah ditetapkan. Semasa bergerak semua pelajar tidak dibenarkan membuat bising, jangan berlari dan jangan  memotong barisan.
7.            Sekiranya masa terakhir anda berada di makmal atau bengkel, sila kemas kelas anda dan tutup semua peralatan elektrik sebelum meninggalkan kelas untuk ke makmal ataupun ke bengkel.
8.            Adalah diharapkan semua pelajar akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Makluman Khusus Untuk Warga SMK Gelang Patah

Mulai April 2011, setiap hari perhimpunan pagi adalah khusus untuk mengambil kehadiran pelajar. Semua guru diwajibkan berada di dataran kejat pada atau sebelum jam 7.10 pagi. Guru tingkatan diwajibkan mengambil kehadiran pelajar sebelum jam 7.20, semua buku kehadiran pelajar hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan HEM apabila selesai mengambil kehadiran pelajar. Semua guru matapelajaran masa pertama mesti mengiringi pelajar masuk ke kelas masing-masing tepat jam 7.20 pagi. Mana-mana kelas yang guru matapelajaran masa pertama tiada, tidak dibenarkan bergerak ke kelas sehingga guru matapelajaran datang/ hadir membawa mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar tidak melakukan salahlaku musnah terhadap harta benda sekolah dan P&P dapat dimulakan tepat jam 7.30 pagi.Peringatan kepada guru mata pelajaran mesti memastikan pelajar bertugas pada hari itu membersihkan kelas dan mengemaskan kelas sebelum memulakan P&P. Semoga dengan bantuan semua warga sekolah, tatacara ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kepada pelajar yang tidak hadir pada hari sebelumnya, guru tingkatan perlu mengasingkan pelajar bersebelahan dengan barisan pelajar kelas Pendidikan Khas untuk tindakan Penolong Kanan HEM. Sekian Harap Maklum.