Monday, April 4, 2011

TATACARA BALIK

TATACARA BALIK
Setiap kali berakhir sesi persekolahan maka guru-guru dan para pelajar perlulah mematuhi peraturan atau tatacara balik yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:

TINDAKAN GURU.
1.            Lima minit sebelum loceng balik berbunyi, loceng pertama akan dibunyikan. Guru-guru matapelajaran akhir hendaklah mengarahkan pelajar membersihkan kelas masing masing.
2.            Meja-meja hendaklah disusun dan kerusi hendaklah diletak di atas meja atau dimasukkan ke bawah meja.
3.            Semua tingkap cermin hendaklah ditutup jika boleh.
4.            Semua lampu dan kipas atau sebarang alat elektrik yang ada di dalam kelas tersebut hendaklah di tutup.
5.            Selepas dipastikan bahawa keadaan di bilik darjah telah siap seperti yang ditetapkan, arahkan semua pelajar keluar dan berbaris di luar kelas dengan dua barisan. Satu barisan perempuan dan satu barisan lelaki.
6.            Apabila loceng terakhir berbunyi arahkan pelajar bergerak apabila pelajar kelas di hadapan mereka telah bergerak. Pastikan pelajar tedak berlari atau memotong barisan ketika bergerak.
7.            Guru-guru diminta untuk mengiringi pelajar masing-masing hingga ke kantin dan melepaskan pelajar pulang.

TINDAKAN GURU BERTUGAS.
1.            Guru bertugas mingguan mesti berada di kantin untuk memastikan pelajar bergerak balik dalam keadaan yang lancar dan selamat.
2.            Guru bertugas hendaklah sentiasa berwaspada dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
3.            Hanya guru bertugas yang tidak mempunyai kelas pada waktu akhir diwajibkan berada di kantin 5 minit sebelum loceng akhir berbunyi.

TINDAKAN GURU DISIPLIN/ PENGAWAS /KAUNSELOR
1              Semua guru disiplin, dan guru pengawas mengambil tempat di blok-blok yang ditentukan oleh Ketua Guru Disiplin.
2.            Sekiranya guru disiplin dan guru pengawas mempunyai kelas pada masa tersebut, maka guru disiplin dan guru pengawas tersebut hendaklah melaksanakan tugas penguatkuasaannya di blok dimana kelas mereka berada.

TINDAKAN GURU-GURU KANAN
1.            Guru-guru kanan hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi dan membuat pemantauan mengikut blok-blok yang telah ditetapkan.




TINDAKAN PENGAWAS.
1.            Lima minit sebelum loceng berbunyi para pengawas hendaklah keluar dari kelas dengan kebenaran guru untuk bertugas ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh guru pengawas.
2.            Sila pastikan pelajar bergerak dengan teratur, tidak berlari dan tidak berebut ketika menuruni tangga.
3.            Pastikan pelajar tidak bergerak sebelum arahan untuk bergerak diberikan.
4.            Pastikan basikal dan motosikal bergerak balik selepas semua pelajar telah keluar dari kawasan sekolah.
5.            Ketua Pengawas dan semua AJK Tertinggi mesti memastikan semua pengawas melaksanakan tugas dengan sempurna.

TINDAKAN PELAJAR.
1.            Lima minit sebelum loceng terakhir berbunyi, semua pelajar hendaklah mengikut arahan guru matapelajaran mengemas bilik darjah. Semua sampah dibuang dalam tong sampah, semua meja disusun dan kerusi plastik hendaklah  di letakkan di atas meja manakala kerusi kayu hendaklah dimasukkan dibawah meja. Semua barang-barang peribadi termasuk buku teks hendaklah dibawa pulang. Sekiranya terdapat pelajar meninggalkan buku teks di bawah meja masing-masing, tindakan denda wang tunai akan dikenakan mengikut jumlah buku yang ditinggalkan.
2.            Tutup semua peralatan elektrik termasuklah lampu dan kipas. Tutup tingkap cermin dengan cermat.
3.            Apabila loceng terakhir berbunyi, keluar di hadapan kelas dengan senyap dan teratur, beratur dalam dua barisan, satu barisan lelaki dan satu barisan perempuan.
4.            Ketua Kelas hendaklah menutup pintu kelas dan mengambil buku pemantaun Pengajaran dan Pembelajaran untuk dihantar ke Unit Kaunseling.
5.            Apabila loceng terakhir berbunyi, pelajar hendaklah mengikut arahan bergerak dari guru masing-masing. Jangan bergerak sebelum diarahkan.
6.            Pelajar tidak dibenarkan bergerak menggunakan laluan yang lain selain dari yang telah ditetapkan. Semasa bergerak semua pelajar tidak dibenarkan membuat bising, jangan berlari dan jangan  memotong barisan.
7.            Sekiranya masa terakhir anda berada di makmal atau bengkel, sila kemas kelas anda dan tutup semua peralatan elektrik sebelum meninggalkan kelas untuk ke makmal ataupun ke bengkel.
8.            Adalah diharapkan semua pelajar akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment